Thursday, 25 July 2013

Kasih Sayang

Assalamualaikum. Tajuk hari ni ialah kasih sayang. Mungkin ada di antara kita ni sudah tiada ibu bapa. Mungkin juga ada yang tinggal berjauhan dari orang tua. Bagi mereka yang masih menpunyai ibu bapa, sayangilah mereka seperti mana mereka menyayangi kita ketika kecil. Doakanlah kesejahteraan mereka agar panjang umur di samping sentiasa dapat beribadh kpd yang Esa.

Sebuah keluarga yang bahagia ialah sebuah keluarga yang sentiasa bersama ketika di dalam kesusahan ataupun kesulitan. Jika berlaku perselisihan faham hendaklah segera memulihkannya. Bak kata perpatah melayu , carik - carik bulu ayam pasti akan bercantum jua.

Dengan kemudahan IT zaman ini,Jika tinggal berjauhan dari keluarga, kita boleh berhubung melalui alam maya seperti skype, facebook , twitter dan laman-laman sosial yang lain. Oleh itu, hubungan kekeluargaan dapat dieratkan walaupun berjauhan..

Bagi mereka yang hanya tinggal sebatang kera. Anda mungkin juga boleh menjadikan kawan anda itu sendiri sebagai keluarga terdekat anda. Terutamanya rakan karib anda sendiri. Tetapi, anda haruslah pandai memilih rakan yang sesuai dengan anda kerana kawan boleh mempengaruhi sikap kita. Jika baik kawan itu maka baiklah kita dan sebaliknya..

Sudah terang lagi bersuluh, kasih sayang itu boleh wujud dari pelbagai pihak. Janganlah kita menyangka kita sebatang kera tidak boleh meneruskan hidup lagi. Sesungguhnya Allah sentiasa ada di sisi kita..

Maaf jika ada mengasari hati .. Tiada kaitan di antara yang hidup ataupun mati.


THANKS FOR READING

No comments:

Post a Comment